HPA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA IDULFITRI



Hari Raya ialah semua hari yang didalamnya terdapat sekumpulan orang. Adapun kata al ‘Id merupakan pecahan kata dari : ‘aada ya’uudu, yang memiliki arti : “seakan-akan mereka kembali kepadanya”. Dan ada yang mengatakan, bahwa pecahan katanya dari : al ‘aadah, yang artinya : “karena mereka membiasakannya.” Dan bentuk jamaknya : a’yaad.

Dikatakan : ‘ayyadal muslimun, artinya : “mereka menghadiri hari raya mereka.”

Ibnu A’rabi berkata,”Dikatakan al-‘Id itu, ‘Id (hari raya) karena kegiatan itu berulang setiap tahunnya dengan kegembiraan yang baru.” (Lisanul ‘Arab 3/319)

Berkata ‘al Allamah Ibnu ‘Abidin, “Dinamakannya ‘Id (hari raya) itu, karena pada diri ALLAH Ta’ala memiliki berbagai macam kebaikan atau aneka ragam kebaikan yang kembali kepada hamba-hambaNya di setiap harinya. Diantaranya : berbuka setelah dicegah dari makan, sedekah/zakat fitrah, menyempurnakan ibadah haji dengan Thawaf, ziarah, daging sembelihan dan yang lainnya, karena kebiasaan yang ada didalamnya terdapat keceriaan dan kegembiraan serta semangat.

Dengan bahagia nya Kami Warga HPA Industries Sdn Bhd mengucapkan Minal 'aidin wal Faidzin Mohon maaf Zahir dan Batin.

Dokumentari HPA Industries Sdn Bhd. RTM-SYAHADAH

Alhamdulillah,Dokumentari ini telah pun di siarkan di TV1 RTM pada 25 Ogos 2011
"PRODUK HALAL TANGGUNG JAWAB BERSAMA"

MALAM AMAL SEMPENA IDUL FITRI,KEMERDEKAAN 14/09/2011


Alhamdulillah,Insya Allah HPA akan berkerjasama dengan IPTIPs untuk meyelenggarakan Program PROGRAM MALAM AMAL SEMPENA "AIDIL FITRI DAN KEMERDEKAAN"
Tarikh : 14 September 2011
Masa : 08.30 malam
Tempat : IPTIPs (Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis,Jalan Guar jentik berseri)

*Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi:
- En.Haris 010 5453255
- En.Sardi 0124136110
- Cik.Norasyikin Balkhis 0196330727

SELAMAT BERPUASA & SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI

VIDEO RAMADHAN HPA

Berita Semasa ESP – Real Business Kumpulan HPA Cawangan Utama Aug 22 BESP KPS : MHH, Serkam – Sin

21hb Ogos 2011: BESP Senergi Herba Dan Kursus Agen Stok Zon Tengah telah berjaya dilangsung di MHH, Serkam dengan kehadiran peserta seramai 100 orang.
Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad telah menyampaikan sendiri ilmu-ilmu herba Perubatan Jawi. Turut hadir PJM Habibah Jusoh (Presiden KPS), PJS, PPJS, Zon KPS serta ahli HPA. Pengarah Urusan turut meraikan 40 pelajar sebuah Tahfiz di Melaka. Selepas semua peserta diraikan di dalam majlis berbuka puasa.


KURSUS BENGKEL SINERGI HERBA BERSAMA PENGARAH URUSAN HPA

ALHAMDULILLAH ,INSYA ALLAH HPA AKAN MENGADAKAN PROGRAM BENGKEL SINERGI HERBA BERSAMA PENGARAH URUSAN HPA.
TARIKH :06 HB OGOS 2011
TEMPAT:DEWAN OMAR MUKHTAR,LAGENDA HEIGHT.
TERBUKA PADA 50 ORANG PENDAFTAR.
UNTUK PENDAFTARAN DAN PENGESAHAN SILA HUBUNGI
- CIK LIYANA :0134188797
- EN.HAFIDZ ISMAIL : 0194749717

* Insya ALLAH Berbuka Puasa dan solat tarawikh Bersama PU hpa.

PROGRAM AGEN STOK BERSAMA PENGARAH URUSAN HPA

ALHAMDULILLAH INSYA ALLAH HPA AKAN MENGADAKAN KURSUS UNTUK AGEN STOK HPA,GURU DAN PELAJAR MANHAL HPA.
TARIKH : 05 HB OGOS 2011
TEMPAT: DEWAN OMAR MUKHTAR,LAGENDA HEIGHT



SELAMAT BERPUASA UNTUK SELURUH UMAT ISLAM KHUSUS NYA KEPADA WARGA HPA

Tingkatan Puasa

Menurut Imam Ghazali, puasa (dari mata kaca tasawuf) terbahagi kepada tiga tingkatan iaitu;

Shaum al-Umum (puasa orang kebanyakkan)

Sekadar menahan perut daripada lapar dan dahaga serta anggota sulit daripada syahwat.

Shaum al-Khusus (puasa khusus)

Ini merupakan puasa orang-orang soleh iaitu menahan anggota badan daripada melakukan maksiat dengan enam perkara berikut;
  • menjaga mata daripada melihat sesuatu yang buruk menurut kaca mata agama
  • menjaga lisan daripada berdusta, memfitnah dan mengucapkan perkataan-perkataan keji
  • menjaga telinga daripada mendengar segala sesuatu yang haram untuk didengar
  • menjaga seluruh anggota tubuh daripada perbuatan-perbuatan negatif
  • menjaga agar tidak makan berlebihan saat berbuka
  • menjaga hari agar berada antara khauf (takut) dan raja' (berharap) dan sedar bahawa Allah swt berhak menerima atau menolak ibadah pausa kita.

Shaum Khusus al-Khusus (puasa golongan yang khusus daripada khusus)

Puasa ini merupakan puasa tiga golongan iaitu;
  • para nabi
  • Al-Siddiqun (orang yang jujur)
  • Al-muqarrabin (orang-orang yang dekat dengan Allah
Puasa golongan ini menduduki tingkatan yang tertinggi yang mana puasa mereka mencakupi puasa hati daripada sesuatu yang hina dan daripada urusan duniawi dan hanya mengharapkan bekal ukhrawi.